Memori pahit.
Fobia juga mendengarkan tragedi pesawat terhempas ni. Kalau nak naik flight tu, make sure sembahyang cukup dan doa lah banyak-banyak supaya perjalanan tu selamat. Kalau mengenangkan tahun 1977, sudah tentu aku belum lahir lagi pada masa tu. 10 tahun selepas tragedi barula aku lahir. Selepas membaca berita berkenaan tragedi ini di suratkhabar 2 minggu lepas, aku tertarik untuk membuat entri.
Tragedi Tanjung Kupang 4 Disember 1977 !
Pada tarikh 4 Disember 1977, berita pesawat terhempas telah menggemparkan rakyat malaysia terutamanya seluruh penduduk di Tanjung Kupang, Johor. Pesawat MH635 yang terhempas itu telah mengorbankan 100 nyawa, 73 orangdaripadanya ialah rakyat Malaysia.
Selain mengorbankan seorang usahawan Jepun, Tomio Gotto, dan Duta Cuba ke Malaysia, Mario Garcia serta isterinya, tragedi pesawat MH653 itu turut meragut nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid, Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad, dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican.
Selain itu, dua orang pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime turut terkorban bersama-sama puluhan penumpang dan petugas kabin. Tiada seorang pun yang terselamat dalam pesawat yang dipandu juruterbang Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil itu.
Penduduk Kampung Tanjung Kupang telah mengalami ketakutan yang teramat sangat apabila gegaran kuat berlaku di kampung mereka. Disertai denganletupan dan percikan api yang hebat,rata-rata penduduk kampung telah bergegas untuk melihat kejadian tersebut dengan mata kepala sendiri. Ada juga yang hanya duduk berselindung di sebalik pintu rumah.
*Harta pusaka mangsa*
Bagaimana boleh terhempas?Mengikut pelbagai sumber, berlakunya tragedi rampasan kapal terbang yang telah menyebabkan pesawat yang sepatutnya mendarat di LTAS (Subang) telah meneruskan penerbangan ke Singapura. Hingga akhirnya kedua-dua pilot MH635 mati ditembak dan mengundang keterhempasan kapal terbang tersebut.
Perkara yang sangat menyayat hati adalah tiada tengkorak dijumpai di kawasan terbabit. Hanya cebisan-cebisan daging dan isi perut yang hangus bersepahan di kawasan paya bakau di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor.
p/s : Malang tidak berbau. Ajal di tangan Tuhan. Semoga kita dijauhkan daripada malapetaka,bencana,dan perbuatan kejam manusia.
SUMBER : SILAMPUNEON
"SHARING IS CARING"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
KOMEN SIKIT TENTANG POST INI !