Soo Wincci Berazam Untuk Berpuasa Penuh
Soo Wincci merupakan bekas peserta pertandingan ratu cantik yang mewakili Malaysia dalam pertandingan ratu Miss World 2008 di Afrika Selatan. Beliau merupakan Miss World Malaysia 2008/2009. Selain itu beliau juga adalah seorang penyanyi, pelakon profesional, komposer, model, dan pengacara.
Semenjak menyertai MasterChef Selebriti Malaysia baru-baru ini, peminat Melayunya semakin bertambah. Dengar khabarnya selebriti cantik ini berazam untuk berpuasa penuh tahun ini.
Menurut katanya kepada Mstar Online, ada khabar angin yang menyatakan Soo Wincci berpuasa kerana mempunyai teman lelaki berbangsa Melayu. Malah ada suara-suara yang menyatakan Soo Wincci telah pun memeluk agama Islam. Namun ternyata itu semua tidak benar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
KOMEN SIKIT TENTANG POST INI !