Kejadian ini tidak melibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan – tetapi jika berlaku, pasti akan menjadi isu lebih besar – dan memungkinkan seorang lagi pegawai kanan meletakkan jawatan.
Apa yang dapat dirumuskan, ianya adalah kecuaian dan adakah membawa beban yang sebegini berat, segala S.O.P diikuti?
Dalam kejadian ini, sebuah treler sarat membawa bongkah tetulang konkrit untuk pembinaan terowong MRT, menjadi penyebab kesesakan amat teruk pagi ini di laluan Jalan Cheras Kajang arah pusat bandaraya.
Treler ini membawa muatan bongkah ini ke tapak pembinaan bawah tanah MRT di kawasan Pudu-Raja Chulan. Sebaik tiba di tempat kejadian, 12 dari 16 bongkah yang dibawa, jatuh ke atas jalan setelah tali ikatannya putus apabila muatan treler ini hilang imbangan.
Difahamkan sebuah kereta mengalami sedikit kerosakan berikutan tidak sempat berhenti lalu merempuh bongkah yang jatuh ini.
Dan sangat bernasib baik apabila bongkah seberat 2.4 tan setiap 1 ini tidak menimpa kenderaan lain.
Bongkah-bongkah ini , dengan inisiatif segera dari pihak petugas ITIS DBKL, berjaya mengalihkan semuanya menggunakan sebuah pacuan 4 roda Ford Ranger dalam tempoh sejam.
Dan, anda boleh lihat pada baki bongkah yang tidak terjatuh ini – adakah tali ini bersesuaian dengan beban yang dibawa treler?
Adakah ini juga salah satu lagi kecuaian pihak kontraktor dan tidak mengikut S.O.P seperti yang ditetapkan.
Harap pihak berkuasa mengenakan tindakan keras sebelum ada lagi nyawa yang akan melayang sia-sia.
Nota – kren bantuan dari pihak kontraktor hanya tiba di lokasi , lebih 2 jam selepas kejadian berlaku, dan ketika itu kerja-kerja pengalihan telah selesai.
sumber : Ondscene
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
KOMEN SIKIT TENTANG POST INI !