Airmata kerana sahabat 1 pengorbanan, Airmata kerana ibubapa 1 penghormatan, Airmata kerana kekasih 1 penyesalan, airmata kerana Allah S.W.T 1 keberkatan

Blog ini hanya sesuai ditonton oleh mereka yang berusia 18 tahun ke atas sahaja kerana kandungannya yang HOT ! , EKSTREM , SERAM & Berbau LUCAH (bau je). Blog ini bukan Blog LUCAH. HARAP MAKLUM !. Sebelum korang nak terjah Blog aku,lebih baik korang baca dulu DISCLAIMER diatas. TQ!

CARIAN MINDA ! !

FollowLike

LITAR BATU 3 SHAH ALAM



Banyak kenangan sudah berlalu di litar Batu Tiga, Shah Alam ini. Pelumba motorsikal, Max Biaggi menang kejuaraan dunia pertama beliau di sini, penampilan sulung Valentino Rossi juga di sini semasa itu beliau menunggang motorsikal berkuasa 125cc sahaja. 


Litar ini suatu ketika dulu adalah tumpuan para peminat sukan permotoran dari KlangSubang JayaBanting shahalam Kualalumpur Puchong Kuala Selangor Kapar serta seluruh pelusuk negara.

Litar ini tidak lagi gamat dengan deruman dan bunyi enjin kereta dan motosikal yang menyertai perlumbaan seperti tahun 1970-an dan 80-an lalu.

Pada hari perlumbaan, pengguna lebuh raya persekutuan yang melintasi litar ini pasti akan mendengar deruman enjin kenderaan yang berlumba di litar. Ramai juga pengguna lebuhraya 'Federal Highway' yang sanggup melupakan destinasi asal mereka untuk sama-sama mengikuti perlumbaan yang sedang berlangsung.

Kini, litar ini sudah menjadi legenda apabila tapaknya dimajukan untuk satu projek perumahan kediaman D'Kayangan.

Apa yang jelas, Litar Batu3 Shah Alam sudah didalam lipatan sejarah bukan sahaja kepada pelumba yang pernah beraksi di situ tetapi ahli keluarga yang anak mereka terkorban kerana kemalangan di litar berkenaan.

Catatan sejarah hitam pada April 1977 membabitkan enam kanak-kanak terbunuh apabila pemandu kereta, Harvey Yap yang menyertai perlumbaan terbabas dan melanggar sekumpulan penonton yang menyaksikan perlumbaan Grand Prix Malaysia.

Ia adalah nahas paling ngeri dalam lipatan sejarah lumba kereta kerana turut mencederakan 23 orang. Empat daripada kanak-kanak itu mati di tempat kejadian. 

Sebenarnya, kelahiran Litar Batu3 yang berdekatan dengan Stadium Shah Alam ini adalah sebuah litar terbaik di Asia Tenggara ketika itu. 

Litar ini adalah sebuah perjuangan panjang Kelab Sukan Motor Malaysia (MMSC) yang menjadi kenyataan, apabila persatuan berkenaan memohon tanah dengan kerajaan Selangor ketika Allahyarham Datuk Harun Idris menjadi Dato' Menteri Besar Selangor ketika itu.

Bagi memajukan bidang permotoran negara dan memenuhi minat mendalam rakyat Selangor khasnya dan rakyat Malaysia amnya pada perlumbaan itu, kerajaan Selangor bersetuju dan mengenal pasti kawasan Sungai Renggam, Batu Tiga untuk menjadi tapak trek.

Tapak litar itu asalnya sebuah kawasan hutan selain ada penduduk tempatan menjalankan ternakan di situ.


Kos pembinaan litar sepanjang 3.4 kilometer itu kurang dari sejuta ringgit ketika itu tetapi kerana kehadirannya ketika minat mendalam orang ramai dalam bidang permotoran, pihak swasta turut menghulur bantuan untuk menyediakan kemudahan di litar itu.

Persatuan Perlumbaan Motor Shah Alam (Samra) yang ditubuhkan pada 1978 adalah pihak yang diberi tanggungjawab menganjur dan mempromosikan litar berkenaan. Almarhum DYMM Sultan Selangor merasmikan pembukaan litar itu pada 1967 dan kejohanan pertama diadakan di situ ialah Sirkit Tuanku Abdul Rahman pada September 1967.

Pelumba dan pengurus perlumbaan dari luar negara yang meninjau pembangunan litar itu mengakui Litar Batu Tiga sebuah trek yang terbaik di Asia Tenggara dan kedua terbaik selepas Jepun di Asia. Malah ada sesetengah pemandu mengatakan litar itu antara yang terbaik di dunia.

Selain litar itu menjadi gelanggang perlumbaan motosikal dan kereta, litar itu pernah menjadi tempat perlumbaan jalan kaki bagi orang buta Malaysia.

Agak lama juga litar ini terbiar dan statusnya itu tergantung. Walaupun ada pihak yang memperjuangkan ‘Selamatkan Litar Batu Tiga’ tetapi kerajaan Selangor berpendapat membiarkannya bukan suatu tindakan yang menguntungkan.

Walaupun litar itu meninggalkan nostalgia tersendiri khususnya kepada mereka yang pernah beraksi di litar berkenaan, tetapi dengan pembangunan pesat di sekelilingnya, kawasan 'lombong emas' itu tidak boleh dibiarkan.

Tambahan pula kerajaan negeri dikatakan menanggung kerugian kira-kira RM5 juta setahun untuk penyelenggaraan dan kos lain. Jalan penyelesaian yg telah diambil ialah menswastakannya.

Litar ini telah dibina perumahan D’kayangan.

Trek Batu Tiga ni juga tapak mulanya berkembang dari perlumbaan cubprix ke litar perlumbaan.

3 ulasan:

  1. Assalam.. kalau nak ambik gambar beritahu owner dulu.. !!! Wasalam

    BalasPadam
  2. Menarik.. Sy bkn peminat sukan permotoran tp sy terpanggil setelah mengetahui serba sedikit sejarah sukan permotoran negara kita pd peringkat awal. Sygnya tragedi 1977 yg meragut nyawa beberapa kanak2 turut mempalit memori hitam buat pihak yg terlibat.

    BalasPadam

KOMEN SIKIT TENTANG POST INI !

FollowLike