Airmata kerana sahabat 1 pengorbanan, Airmata kerana ibubapa 1 penghormatan, Airmata kerana kekasih 1 penyesalan, airmata kerana Allah S.W.T 1 keberkatan

Blog ini hanya sesuai ditonton oleh mereka yang berusia 18 tahun ke atas sahaja kerana kandungannya yang HOT ! , EKSTREM , SERAM & Berbau LUCAH (bau je). Blog ini bukan Blog LUCAH. HARAP MAKLUM !. Sebelum korang nak terjah Blog aku,lebih baik korang baca dulu DISCLAIMER diatas. TQ!

CARIAN MINDA ! !

FollowLike

PERKAHWINAN ANTARA YAHUDI DAN ISLAM CETUS KONTROVERSI



Apakah pendapat anda tentang  perkahwinan antara wanita berketurunan Yahudi dan lelaki Arab beragama Islam? Ikuti kisah mereka.

Polis Israel semalam menghalang lebih 200 anggota puak Yahudi konservatif daripada mengganggu majlis perkahwinan antara wanita berketurunan Yahudi dan lelaki Arab beragama Islam, di sini.Berpuluh-puluh anggota polis, termasuk anggota unit elit menghalang anggota daripada Pertubuhan Pencegahan Asimilasi di Tanah Suci (Lehava) yang mengadakan tunjuk perasaan sambil berteriak 'Kematian untuk Arab' daripada memasuki pagar dewan di mana majlis perkahwinan itu diadakan.
Polis turut menahan empat individu yang menceroboh kawasan itu. Penunjuk perasaan turut mengutuk pengantin perempuan, Maral Malka, 23, yang memeluk Islam sebelum mengahwini Mahmoud Mansour, 26, dan menganggapnya sebagai pengkhianat bangsa Yahudi. Tiada kecederaan dilapor dalam insiden itu.

Peguam kepada kedua-dua mempelai, gagal mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang tunjuk perasaan, namun berjaya mendapatkan bantuan polis untuk memastikan penunjuk perasaan berada dalam jarak 200 meter dari dewan majlis perkahwinan.
Kumpulan Lehava yang menganjurkan bantahan itu dilapor sering mengganggu pasangan Arab dan Yahudi sebelum ini dan membantah sebarang perkahwinan campur melibatkan kaum Yahudi dan Arab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN SIKIT TENTANG POST INI !

FollowLike