Airmata kerana sahabat 1 pengorbanan, Airmata kerana ibubapa 1 penghormatan, Airmata kerana kekasih 1 penyesalan, airmata kerana Allah S.W.T 1 keberkatan

Blog ini hanya sesuai ditonton oleh mereka yang berusia 18 tahun ke atas sahaja kerana kandungannya yang HOT ! , EKSTREM , SERAM & Berbau LUCAH (bau je). Blog ini bukan Blog LUCAH. HARAP MAKLUM !. Sebelum korang nak terjah Blog aku,lebih baik korang baca dulu DISCLAIMER diatas. TQ!

CARIAN MINDA ! !

FollowLike

3 REMAJA MAUT 2 PARAH KEMALANGAN DI LEBUHRAYA GUTHRIE



Sekurang-kurangnya 6 kenderaan terlibat dalam kemalangan ngeri ini , 5 buah motosikal dan sebuah  Mazda CX5 yang berlaku di KM 20.4 Lebuhraya Guthrie arah Selatan,Sg Buloh, Selangor


Siasatan awal polis mendapati, kejadian dipercayai berpunca dari 2 buah kumpulan remaja bermotosikal apabila kumpulan pertama disyaki menunggang laju.


Mereka kemudian pada mulanya dipercayai berlanggar sesama sendiri sebelum berlanggar dan bergesel dengan sebuah Mazda CX5.
Kumpulan kedua penunggang yang tiba di tempat kejadian, tidak sempat mengelak lalu berlaku pula kemalangan sesama sendiri.


Rempuhan kuat ketika kemalangan menyebabkan 2 mangsa tercampak ke tepi jalan manakala seorang lagi tercampak ke bawah jambatan.
2 dari mangsa, maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia kira-kira 2 jam kemudian di Hospital Sg Buloh.


Yang maut dikenali sebagai 

Muhamad Hafiz Erman, 18 ,
 Amir Afif Mohamad 18 ,
dan Muhamad Shafie Sudar 16.
Manakala 2 lagi cedera , seorang darinya parah.

Pemandu Mazda, seorang wanita, 36, bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.
Kejadian turut disaksikan oleh pengguna lebuhraya yang melalui tempat kejadian, namun tiada kenderaan mereka terlibat atau yang mengalami kecederaan.


Difahamkan, ada beberapa lagi mangsa dari penunggang motosikal, dipercayai turut cedera, tetapi pergi sendiri untuk mendapatkan rawatan.
Mayat dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk bedah siasat.
Saya rasa, mungkin tidak perlu untuk ulas panjang mengenai kemalangan ini.
Namun, kepada anda yang mengerti, jadikanlah ia pengajaran.
Nyawa kita Allah hanya anugerahkan sekali sahaja di muka bumi ini, dan jangan persia-siakan usia muda.
Sesal setelah segalanya berlaku, sudah tiada makna lagi…
Credit : Ondscene

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN SIKIT TENTANG POST INI !

FollowLike