Viral satu gambar yang diambil ketika satu program televisyen TV3 menunjukkan seorang wanita bertudung dengan fesyen pelik dan kembang.Wanita yang dikenali sebagai Aimi Najwa tersebut memakai tudung berwarna biru dengan fesyen yang agak pelik telah dikutuk dilaman sosial Facebook sejak gambar itu di muatnaik semalam.
Semalam keadaan bertambah panas apabila seorang penulis novel terkenal iaitu Nizam Zakaria telah memuatnaik semula gambar tersebut di laman sosial Instagramnya dengan meletakkan 'Kaedahnya' sebagai caption gambar tersebut.
Mungkin dia lupa bahawa dia merupakan seorang 'Public Figure' yang mempunyai ramai follower menyebabkan pemilik gambar tersebut iaitu Aimi Najwa telah memberi komen yang panas di gambar tersebut.Beberapa komen tersebut juga ada yang menyebabkan Aimi dihentam semula apabila mengugut untuk menyaman Nizam,mengutuk wanita yang tidak memakai tudung dan melabel seseorang sebagai ahli neraka.
Komen-komen Aimi tersebut dibalas dengan sindiran oleh pengguna yang lain menyebabkan beberapa komen telah dipadam.Keadaan bertambah panas apabila seorang pengguna Instagram yang menggunakan akaun bisnesnya untuk menempelak kembali Nizam.Di penghujung komen akhirnya lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai bakal suami kepada Aimi tersebut.
Beberapa artis juga dilihat memberikan komen ringkas seperti Elfira Loy dan Nad Zainal.
Tutup aurat ada Sunnahnya. Jika diamal cara Sunnah, in sya Allah dptlah ganjarannya. Jika tidak maka sebaliknya. Apa yg dpt difahamkan Rasulullah saw pernah melarang kaum wanita meninggikan rambut bagai bonggol unta. Walau Muslimah menutup rambut dgn jilbab, tudung sbgnya, eloklah elak dari meninggikan rambut berbentuk bunjul utk perhatian (wallahu a'lam). Bersederhana itu lebih disarankan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
KOMEN SIKIT TENTANG POST INI !