Airmata kerana sahabat 1 pengorbanan, Airmata kerana ibubapa 1 penghormatan, Airmata kerana kekasih 1 penyesalan, airmata kerana Allah S.W.T 1 keberkatan

Blog ini hanya sesuai ditonton oleh mereka yang berusia 18 tahun ke atas sahaja kerana kandungannya yang HOT ! , EKSTREM , SERAM & Berbau LUCAH (bau je). Blog ini bukan Blog LUCAH. HARAP MAKLUM !. Sebelum korang nak terjah Blog aku,lebih baik korang baca dulu DISCLAIMER diatas. TQ!

CARIAN MINDA ! !

FollowLike

BOT TEMPUR TLDM HILANG ?



KUALA LUMPUR: Sebuah bot tempur jenis CB90H dengan nombor pendaftaran CB204 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dinaiki sepasukan anggota TLDM dipercayai terputus hubungan di pantai Sabah.

Menurut sumber, anggota dan bot berkenaan yang turut diiringi sebuah kapal TLDM, KD Paus berlepas dari Pengkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) menuju ke gugusan Semarang Peninjau.

Namun, selepas beberapa jam perjalanan, kedua-duanya meminta untuk berpatah balik ke PTKK berikutan cuaca buruk.

Bagaimanapun, bot tempur berkenaan tiba-tiba hilang dipercayai dipukul ombak.

Berikutan itu, kapal pengiring berkenaan cuba berkali menghubungi bot terbabit, selain menjalankan operasi pencarian di sekitar Pulau Mangalum dan Pulau Gaya, namun gagal.

Serentak itu, kapal berkenaan menghubungi PTKK bagi memaklumkan mengenai insiden itu, sebelum satu operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilaksanakan dan difahamkan ia masih berjalan.



Aset udara serta Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) turut dikerah dalam operasi SAR terbabit.

Jumlah anggota yang berada dalam bot tempur berkenaan tidak lagi dimaklumkan dan status mereka sehingga kini masih belum dikenal pasti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN SIKIT TENTANG POST INI !

FollowLike