PETALING JAYA, (MLP) - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan kebimbangannya berhubung penyusutan nilai ringgit yang akan menyebabkan kenaikan harga makanan.
Menurut Anwar, pandangan itu berasas kepada keadaan negara dimana hampir 90 peratus bahan makanan asas diimport.
Difahamkan, pemansuhan subsidi makanan secara langsung akan meningkatkan kos sara hidup rakyat.
"Tambahan pula pasaran minyak sawit mentah, getah dan bijih timah juga telah susut secara mendadak," katanya.
Sinar Harian lapor, beliau menjangkakan negara bakal berdepan krisis ekonomi pengurangan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa.
"Pendapatan tambahan RM25 bilion yang diumumkan di dalam Bajet 2015 baru-baru ini mungkin terpadam dan tidak mustahil dikatakan bahawa kerajaan akan menghadapi masalah untuk mengurangkan defisit negara kepada tiga peratus tahun depan," katanya kepada media.
Kredit Gambar: google
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
KOMEN SIKIT TENTANG POST INI !