Airmata kerana sahabat 1 pengorbanan, Airmata kerana ibubapa 1 penghormatan, Airmata kerana kekasih 1 penyesalan, airmata kerana Allah S.W.T 1 keberkatan

Blog ini hanya sesuai ditonton oleh mereka yang berusia 18 tahun ke atas sahaja kerana kandungannya yang HOT ! , EKSTREM , SERAM & Berbau LUCAH (bau je). Blog ini bukan Blog LUCAH. HARAP MAKLUM !. Sebelum korang nak terjah Blog aku,lebih baik korang baca dulu DISCLAIMER diatas. TQ!

CARIAN MINDA ! !

FollowLike

FAKTA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TITANIC

 



Tanggal 14 April merupakan salah satu tarikh yang akan kekal dalam lipatan sejarah dunia. Pada tarikh ini pada tahun 1912, pada jam 11.40 malam, kapal RMS Titanic melanggar ketulan ais besar di Lautan Atlantik sebelum tenggelam kira-kira 2 jam selepas itu.




Kejadian menyayat hati ini mengorbankan nyawa kira-kira 1,517 penumpang dan anak kapal.




Sebagai memperingati tragedi ini, mari kita lihat 10 fakta yang mungkin anda tidak tahu tentang Titanic dan malapetaka dahsyat ini.




(BOT KESELAMATAN TITANIC SEMASA SESI LATIHAN)
1. Latihan keselamatan bersama bot keselamatan dibatalkan



Semua orang tahu bahawa Titanic tidak membawa bot keselamatan yang mencukupi, tetapi ramai yang tidak tahu pada pagi hari kejadian, penumpang dan krew Titanic sepatutnya mengadakan latihan kecemasan bersama bot keselamatan. Ia bagaimanapun dibatalkan, dan ramai percaya jika latihan itu dilakukan, ia boleh menyelamatkan lebih ramai nyawa.




(KETULAN AIS YANG DILANGGAR TITANIC )
2. Hanya 37 saat



Ketika pengawal peninjau memberikan amaran tentang ketulan ais tersebut, pegawai bertugas hanya mempunyai 37 saat untuk melakukan sesuatu. Pembantu kapten, William McMaster Murdoch, mengeluarkan arahan agar kapal dihalakan ke kiri serta merta, namun ia tetap gagal mengelakkan kapal itu daripada melanggar ketulan ais tersebut.




3. Akhbar Titanic



Titanic memiliki akhbarnya sendiri, Atlantic Daily Bulletin yang diterbitkan di atas kapal berkenaan. Ia melaporkan pelbagai berita; perniagaan, politik dan hiburan, malah turut menyenaraikan menu harian yang disediakan di atas kapal.



(BOT KESELAMATAN SEMASA MENGHAMPIRI KAPAL THE CALIFORNIAN)
4. Bot keselamatan tidak penuh



Bukan sahaja tidak memiliki bot keselamatan yang mencukupi, tetapi hampir kesemua bot yang dilepaskan untuk menyelamatkan mangsa tidak diisi sepenuhnya. Bot pertama yang dilepaskan hanya membawa 12 orang walaupun mempunyai kapasiti seramai 40 orang, manakala bot-bot lain ada yang hanya membawa 20 hingga 30 mangsa, walaupun mampu diisi hingga 65 orang.




(BILIK MANDI & TEMPAT TIDUR KELAS KETIGA)
5. Dua tab mandi



Kebanyakan penumpang Titanic perlu berkongsi bilik air (kecuali penumpang kelas pertama yang mempunyai kemudahan bilik air peribadi). Penumpang kelas ketiga disifatkan paling 'malang' apabila terpaksa berkongsi tab mandi. Bayangkan, 700 orang berkongsi dua tab mandi!




(THE CALIFORNIAN)
6. Kapal paling dekat tidak beri respon



Ketika isyarat kecemasan dilepaskan Titanic, kapal yang berada dalam jarak paling dekat dengannya ialah The Californian. Namun tiada respon dari kapal berkenaan. Krew kapal The Californian dikatakan mengejutkan kapten mereka selepas melihat isyarat kecemasan itu, namun tiada arahan daripadanya untuk bertindak. Jika The Californian bertindak, mungkin lebih ramai mangsa boleh diselamatkan.




(ANJING YANG BERADA DIATAS KAPAL TITANIC)
7. Dua anjing diselamatkan



Agak mengejutkan kerana ketika orang ramai dimaklumkan bahawa bot keselamatan tidak mencukupi dan keutamaan diberi kepada wanita dan kanak-kanak, dua ekor anjing rupa-rupanya 'terlepas' dan berjaya menaiki bot keselamatan dan diselamatkan.




8. Serombong hiasan keempat



Imej Titanic yang biasa kita lihat menerusi foto adalah sebuah kapal besar dengan empat serombong asap. Tetapi daripada empat serombong itu, hanya tiga yang berfungsi. Serombong keempat hanyalah hiasan semata-mata kerana pereka Titanic berpendapat kapal tersebut akan nampak lebih 'megah' dengan empat serombong asap.




(RMS OLYMPIC & RMS TITANIC)
9. Kapal penghantar surat



Singkatan RMS pada pangkal nama Titanic menggambarkan ia bukan sekadar sebuah kapal persiaran, tetapi juga berkhidmat sebagai penghantar surat. Terdapat 5 buah peti surat disediakan di atas kapal itu, dengan lima pegawai pos bertanggungjawab menyelenggara kira-kira 3,423 surat. Menariknya, tiada satu pun surat-surat ini berjaya ditemui selepas Titanic karam. Jika ada yang berjaya ditemui, ia akan tetap dihantar perkhidmatan pos Amerika Syarikat kerana kebanyakan surat itu dialamatkan ke Amerika Syarikat.




(KAPAL MACKAY-BENNET)
10. Pengurusan mayat



Kapal CS Mackay-Bennett menghabiskan masa lima hari untuk mencari sebanyak mungkin mayat mangsa Titanic. Kapal tersebut dibekalkan dengan 40 bahan pengawet, ais, dan 100 buah keranda. Anak kapal CS Mackay-Bennett berjaya membawa naik 328 mayat, namun 119 daripadanya berada dalam keadaan yang terlalu teruk dan terpaksa dibiarkan 'tertanam' di dasar lautan.



(SEMUA GAMBAR DIATAS ADALAH BENAR)

1 ulasan:

KOMEN SIKIT TENTANG POST INI !

FollowLike