Tersebarnya gambar seorang pelajar perempuan bertudung didakwa menangis kerana dipaksa memakai seluar ketat dalam acara sukan jalan kaki.
Gambar yang dikirimkan oleh Puan Faezah Wahab itu menunjukkan seorang pelajar perempuan bertudung hitam memakai seluar ketat dan pendek di atas paras lutut menangis kerana dipaksa.
"Penganjur yang melampau, menghina Islam. Murid ini menangis dipaksa pakai macam tu," katanya yang menyatakan bahawa kejadian itu terjadi pada pelajar MSSD Kulai.
"Syarat diorang acara jalan kaki. Kena pakai 'Tight' atas lutut. Budak menangis-nangis kena pakai gitu. Kalau saya jadi pengurus pasukan, saya tarik diri," katanya dalam mesej tersebut.
Entah apa yang difikirkan oleh penganjur. Tidakkah penganjur acara sukan berkenaan bahawa tindakan memaksa pelajar perempuan Islam berpakaian sedemikian telah menyentuh sensitiviti agama Islam?
Pihak berwajib wajar jalankan siasatan dan ambil tindakan tegas terhadap penganjur yang dilihat sengaja memaksa pelajar terbabit mendedahkan auratnya tanpa rela.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
KOMEN SIKIT TENTANG POST INI !