Siapa yang pernah ke IKEA pasti kagum dengan perabot mereka yang sangat ringkas tetapi masih memukau. Pihak IKEA juga menyediakan banyak perabot display bagi sesiapa yang mahu mencuba sebelum membuat pilihan untuk membeli.
Tetapi lain pula yang berlaku di China. Pelanggan IKEA di sana kini lebih cenderung untuk mencuba perabot-perabot mereka dalam masa yang sangat lama. Mereka mengambil peluang untuk ‘mencuba’ perabot display yang disediakan dengan sepenuh hati.
Kami tidak pasti adakah mereka terlampau menyukai perabot di gedung IKEA ataupun memang tujuan asal mereka ke situ adalah untuk tidur di sana semata-mata. Yang pastinya perkara ini memberikan satu masalah serius buat pihak pengurusan IKEA dan para pekerja mereka.
Pekerja-pekerja IKEA di China terpaksa melakukan tugasan tambahan iaitu memantau dan mengejutkan pelanggan yang tidur di perabot mereka. Mereka juga mendakwa selepas seorang pelanggan dihalau, akan ada orang lain yang datang dan tidur di tempat yang sama dan ianya berulang beberapa kali setiap hari.
Diharapkan pelanggan IKEA di Malaysia tidaklah seteruk ini. Kami nasihatkan jika anda merasa terlalu letih dan penat, elok ditangguhkan saja niat untuk membeli-belah supaya anda tidak dihalau kerana tidur atas perabot display IKEA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
KOMEN SIKIT TENTANG POST INI !