Airmata kerana sahabat 1 pengorbanan, Airmata kerana ibubapa 1 penghormatan, Airmata kerana kekasih 1 penyesalan, airmata kerana Allah S.W.T 1 keberkatan

Blog ini hanya sesuai ditonton oleh mereka yang berusia 18 tahun ke atas sahaja kerana kandungannya yang HOT ! , EKSTREM , SERAM & Berbau LUCAH (bau je). Blog ini bukan Blog LUCAH. HARAP MAKLUM !. Sebelum korang nak terjah Blog aku,lebih baik korang baca dulu DISCLAIMER diatas. TQ!

CARIAN MINDA ! !

FollowLike

KEJAM ! ANJING DISEKSA

GAMBAR ANJING DISEKSA DI CHINA
AMARAN 
KORANG YANG BERASA SAYANG PADA BINATANG NIH , HARAP JANGAN TENGOK . 
KEJAM SANGAT . AKU NAK POST PUN RASA EEEE..GERAM . .
HANYA ALLAH S.W.T. YANG DAPAT MEMBALAS SEGALA KEJADIAN YANG BERLAKU :'(


IMEJ menjengkelkan ini menunjukkan seekor anjing rakun disiat kulitnya hidup-hidup bagi membuat but kulit tiruan murah yang dibeli oleh ribuan warga Britain.
But asli kulit haiwan dibuat daripada kulit biri-biri dari Australia yang diambil melalui penyembelihan secara wajar. Bagaimanapun, rakaman filem (di akhir post ini nanti) menunjukkan layanan kejam ke atas haiwan yang berlaku di China apabila kulitnya digunakan untuk membuat but bulu haiwan tiruan berkenaan. Kulit anjing rakun disiat dalam keadaan masih hidup dan bergerak ditunjukkan dalam filem kempen aktivis haiwan. Haiwan yang bertimbun itu mengambil masa hingga tiga jam untuk mati.
GAMBAR ANJING DISEKSA DI CHINA
Haiwan yang ketakutan itu dipukul dengan kayu dan dilihat menggelupur kesakitan ketika pekerja mengelar kulitnya sebelum menyiatnya. Proses yang menyeksakan itu bermula dari kaki hingga ke bahagian atas tubuh haiwan berkenaan. Pekerja juga dilihat memijak kepala haiwan terbabit supaya ia tidak melawan. Rakaman filem mengejutkan itu yang disiarkan dalam Herald Sun mencetuskan kemarahan dan mendorong aktivis menuntut larangan perdagangan anjing rakun.
GAMBAR ANJING DISEKSA DI CHINA
GAMBAR ANJING DISEKSA DI CHINA
But kulit haiwan tiruan telah membanjiri pasaran dunia dan boleh didapati di internet serta kedai kasut. Kebanyakannya dieksport ke Britain. Di Australia, di mana but asli kulit haiwan dibuat – ia dijual dengan harga hingga 200 pound (RM1,000). Terdapat pengharaman terhadap pengimportan kulit anjing tempatan dan kulit kucing sejak 2004 tetapi kulit anjing rakun masih dibawa masuk. Siasatan dilakukan Persatuan Kemanusiaan Antarabangsa (HSI) mendapati sepasang but kulit haiwan tiruan mengandungi kulit rakun walaupun mempunyai label ‘kulit biri-biri Australia’.

Pengarah HSI, Verna Simpson berkata, puluhan produk, selain but itu menggunakan kulit anjing rakun yang diimport – dan dalam kes lain turut menggunakan kulit anjing.


MANUSIA LEBIH KEJAM DARI BINATANG !

"SHARING IS CARING"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN SIKIT TENTANG POST INI !

FollowLike