Airmata kerana sahabat 1 pengorbanan, Airmata kerana ibubapa 1 penghormatan, Airmata kerana kekasih 1 penyesalan, airmata kerana Allah S.W.T 1 keberkatan

Blog ini hanya sesuai ditonton oleh mereka yang berusia 18 tahun ke atas sahaja kerana kandungannya yang HOT ! , EKSTREM , SERAM & Berbau LUCAH (bau je). Blog ini bukan Blog LUCAH. HARAP MAKLUM !. Sebelum korang nak terjah Blog aku,lebih baik korang baca dulu DISCLAIMER diatas. TQ!

CARIAN MINDA ! !

INFO ! PENYANYI ROCK YANG TELAH PERGI


Alfatihah buat mereka yang telah pergi... 

Setiap yang bermula akan berakhir. Begitu juga dengan manusia, setiap yang hidup pasti akan kembali kepada pencipta yang Maha Kuasa.
Walaupun jasad mereka telah tiada lagi, namun jasa dan pengorbanan mereka dalam arena muzik tempatan tetap dikenang hingga kini.
Bersama-samalah kita doakan agar roh mereka dicucuri rahmat dan tenang di sana...




Ramli Crosstown


Penyanyi kumpulan Crosstown dari Pulau Pinang,  Ramli Crosstown meninggal akibat sakit barah usus.kumpulan Crosstown juga kehilangan pemain gitar utama "Din Bass" yang juga menghembuskan nafas terakhir akibat barah tulang
Kumpulan Crosstown terkenal di Pulau Pinang dan sebelah Utara Semenanjung dengan lagu "Pulau Pinang Kita"



Shahrul Nizam Ayop

Merupakan gitaris kumpulan Aryan yang terkenal dengan lagu 'Baiduri Cintaku'. Arwah telah kembali ke Rahmatullah pada 23 November 1998 kerana kanser usus.








g.s ranor utopia
Husni @ G.S (kiri) dan Ranor (kanan)


Ranor Bin Rasip
Arwah Ranor merupakan pemain drum kumpulan Utopia yang terkenal dengan lagu 'Mithali Cintaku'. Arwah telah pergi memancing bersama rakan-rakan dan bot yang dinaiki mereka pecah dan tenggelam dibawa arus. Arwah ditemui lemas dan meninggal dunia pada 3 April 2005 di Bagan Datoh. Jasadnya disemadikan di Kuala Lumpur.
Salah satu sumber menyatakan rakan-rakan arwah selamat dalam insiden itu. Arwah yang pernah menjadi staff RTM telah meninggalkan 4 orang cahaya mata.


Husni @ G.S
Gitaris yang berasal dari Ipoh ini juga adalah anggota kumpulan Utopia dan pernah bertugas di Unit Hiburan RTM. Arwah Husni meninggal dunia akibat kemalangan kereta di Shah Alam pada 26 April 2008 beserta sakit jantung.




j.s kevin

Zul Adnan Mohd Razali


Arwahyarham J.S Kevin atau Zul Adnan Mohd Razali merupakan pencipta lagu dan penulis lirik kumpulan Rock tempatan sekitar tahun 80an hingga 90an.
Arwah meninggal dunia pada 8 Ogos 2003 akibat serangan angin ahmar dan paru-paru berair.
Antara lagu ciptaannya yang pernah popular ialah 'C.I.N.T.A' dan 'Curahan Rasa' nyanyian XPDC.
Sebuah album diterbitkan untuk memperingati perjuangan beliau. Album tersebut adalah 'Tangisan di Gelanggang Fana - A Tribute to J.S Kevin'





lan masaRoslan Karim
Arwahyarham Roslam Karim atau Lan adalah gitaris kumpulan Masa Scarecrow. Arwah dilahirkan pada 1966 dan meninggal dunia pada 1992 kerana terlibat dalam kemalangan.







zul massa

Zulkifli Mat Amin


Arwah Zulkifli Mat Amin atau Zul merupakan vokalis kumpulan Masa Scarecrow yang terkenal dengan lagu 'Patahnya Sayap Malam'.
Arwahyarham mengasah bakat seninya ketika belajar dan menetap di asrama Sek. Men. Alor Akar Kuantan.
Arwahyarham meninggal dunia pada 16 Julai 1996 pada usia 32 tahun akibat koma hampir 2 minggu di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan selepas dibelasah sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di tempat letak kereta sebuah hotel di Balok tanpa belas kasihan.
Arwah mengalami kecederaan teruk di muka dan usus akibat insiden itu dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan sepanjang menjalani rawatan rapi di hospital berkenaan. Mungkin ramai yang mengetahui punca arwah dibelasah. Sebenarnya arwah Zul telah dianiaya oleh rakannya sendiri. Mungkin kerana iri hati terhadap arwah. Sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah buat mereka yang telah pergi.
Cerita yang lebih detail di sini



eduat syjSyed Noor Eduat


Pasti ramai yang mengenali arwahyarham Eduat. Gua pernah listkan arwah sebagai drummer terunggul tanahair dalam entri-entri yang lepas. Arwah Eduat merupakan anggota SYJ'90 dan anak kepada Syed Yusof Jamalullail, pengasas SYJ. Lahir pada 1961, arwahyarham meninggal dunia pada 11 Oktober 2006 di Hospital Besar Ipoh kerana komplikasi paru-paru.



samad lefthanded
Abdul Samad Mian


Gitaris Lefthanded ini pernah menjadi pemuzik undangan, menjalankan perniagaan sendiri dan menjadi pensyarah sambilan dalam bidang petikan gitar moden di Aswara sejak tidak aktif bersama Lefthanded. Arwahyarham meninggal dunia pada 23 Oktober 2008 selepas terjatuh di pejabat abangnya di Ampang dan juga kerana masalah jantung. Arwah meninggalkan 4 orang cahaya mata yang ketika itu berusia 6-18 tahun. Masih ingatkah anda pada filem Rozana Cinta '87... yeah, arwah pernah menjadi pemuzik undangan dalam filem itu.


along spoon

Sabi'ul Malik Shafiee @ Along Spoon


Arwahyarham terkenal dengan kelunakan suaranya ketika menjadi vokalis kumpulan Spoon. Lagu Rindu Serindu Rindunya adalah antara lagu paling famous Spoon di zaman Rock leleh suatu ketika dulu.
Arwah Along Spoon dibunuh di tempat lain sebelum diikat ke dalam guni dan ditinggalkan di Km 28 Jalan Kuala Klawang- Genting Peras Jelebu. Polis menjumpai rangka mayat Along Spoon pada 6 Januari 2000 berhampiran gaung. Seingat gua, insiden itu berlaku dalam bulan puasa ketika umat sedang sibuk bersedia untuk menyambut hari lebaran dan usia arwah Along ketika itu 19 tahun.
Seorang anggota polis berpangkat L/Koperal, Mohamed Ya'cob Demyati dari cawangan pengawal pengiring IPPKKL telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah tinggi atas tuduhan membunuh arwahyarham Along Spoon.




yan meditasiAhmad Sufian @ Yan Meditasi (3 dari kiri)


Arwahyarham merupakan bassist kumpulan meditasi yang terkenal dengan lagu 'Biar Pedih Kasih Memanjang'. Arwah Yan meninggal dunia pada tahun 2006 kerana sakit paru-paru berair.
Arwah pergi meninggalkan 3 orang cahaya mata.
Klik untuk membaca sejarah dan perjalanan seni kumpulan MEDITASI 


din cromokKhairuddin Mohamad
Arwahyarham Khairuddin Mohamad atau Din adalah gitaris dan anggota asal band trash metal negara, Cromok. Arwah sama-sama menuntut di University Of Wollongong, Sydney, Australia bersama anggota Cromok yang lain. Arwahyarham pernah berkhidmat sebagai jurutera Petronas di Kemaman. Arwah telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 1997 kerana demam malaria.





din beramboi

Meor Ahmad Fuad Meor Badri
Dikenali sebagai Din Beramboi. Pernah menganggotai kumpulan Diplomasi sebagai vokalis yang pernah popular suatu ketika dulu dengan lagu Seloka Cinta dan Mawar Rimba. Din Beramboi juga seorang pelakon, pengacara dan penyampai radio Era. Arwah meninggal dunia pada April 2010 kerana penyakit demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

achik spinAchik Spin
Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di KM 14.7, Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) pada 17 April 2010. Kenderaan MPV yang dinaiki arwah bersama seorang rakan terbabas dan melanggar papan tanda selepas melepasi kawasan Rawat dan Rehat (R&R) dekat susur keluar ke Pajam. Arwah Achik dikatakan tercampak keluar dari kenderaan yang kemudiannya terbakar dan meletup. Achik dan kumpulan Spin merupakan kumpulan Rock Leleh yang terkenal dengan lagu Mengusung Rindu dan Utusan Rindu.






amir junction

Mohd Amin Ahmad
Mohd Amin Ahmad atau dikenali sebagai Amir Junction merupakan bekas pemain gitar kedua bagi kumpulan Junction yang terkenal dengan lagu petualang, akan ku kenang dan demi cinta setia. Arwah yang juga merupakan pengasas kumpulan Junction meninggal dunia setelah mengalami lelah ketika dalam perjalanan ke rumahnya dengan menaiki motosikal pada 23 Oktober 2010. Arwah berusia 43 tahun ketika menghembuskan nafas terakhir dan masih bujang.


Shamrin Abdul Samad

Arwah yang merupakan vokalis kumpulan rock Fotograf jatuh rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman, kawasan Kampung Baru, Kuala Lumpur. Arwah disahkan mengalami sakit jantung.Berita yang lebih terperinci di sini.




.. Mungkin ada beberapa lagi Rockers dan Metalist yang telah kembali ke Rahmatullah yang tidak sempat gua senaraikan antaranya Norrodhi Mohd Daud (Angel Hearts),Masrom Bin Abdul Hamid (keyboardist Sweet Charity), Syed Hassan (bassist Sweet Charity) dan beberapa lagi.

Sebagai umat manusia yang masih hidup, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk sama-sama menghulurkan doa dan sedekahkan Al-fatihah kepada mereka yang telah
tiada.

Al - Fatihah


2 ulasan:

  1. Blog entry yang sekali gus menginsafkan dan membuatkan aku lebih menghargai hidup ini.
    Biar pun hidup seketika, biarlah meninggalkan jasa yang dikenang orang.

    BalasPadam
  2. Dapatkan Jutaan Rupiah Dengan Cuma Cuma
    Hanya Di SumoQQ
    Real Website Real Player, Real Winner
    Silahkan Buktikan dan Bergabung Bersana kami
    Dan Raih Bonus Extra Jumbo :
    - Bonus Extra Jumbo Rollingan
    - Bonus Refferal Seumur Hidup
    CS Ramah & Profesional Siap Melayani 24 Jam
    Proses Transaksi Di Jamin Super Cepat
    Kartu Bagus (Easy To Winn)
    Support 6 Bank Local
    Minimal Deposit & Withdraw 15Rb
    Jangan Mikir Lagi Bos !!
    Jalan dan Kesempatan Sudah Ada Di Depan Mata
    Jangan Sia2 Kan Kesempatan Yang Ada bos !!
    Ingat Bahwa Kemenangan Ada Di Pilihan Anda.
    Jadi Jangan Sampai Salah Pilih Situs
    Ingin Jadi Jutawan SumoQQ(dot)com Solusimya !!
    Hub kami Untuk Info Lebih Lanjut :
    Skype : SumoQQ
    Fb : SumoQQ
    BBM : D8ACD825
    Line : SumoQQ
    WA : +855 96 497 3259
    Link Alternatif :
    www(dot)SumoQQ(dot)net
    www(dot)SumoQQ(dot)info
    www(dot)SumoQQ(dot)org
    Join Sekarang !! Kami Tunggu Kehadiran Para Calon Jutawan

    BalasPadam

KOMEN SIKIT TENTANG POST INI !