Airmata kerana sahabat 1 pengorbanan, Airmata kerana ibubapa 1 penghormatan, Airmata kerana kekasih 1 penyesalan, airmata kerana Allah S.W.T 1 keberkatan

Blog ini hanya sesuai ditonton oleh mereka yang berusia 18 tahun ke atas sahaja kerana kandungannya yang HOT ! , EKSTREM , SERAM & Berbau LUCAH (bau je). Blog ini bukan Blog LUCAH. HARAP MAKLUM !. Sebelum korang nak terjah Blog aku,lebih baik korang baca dulu DISCLAIMER diatas. TQ!

CARIAN MINDA ! !

FollowLike

KERETA JPJ DIBAKAR HOT!


Sebuah kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diterbalikkan dan dibakar oleh orang ramai yang marah selepas kemalangan teruk yang membabitkan 10 kenderaan di Ayer Tawar, Perak petang ini.

Timbalan OCPDManjung, Ahmad Mat Isa memberitahu Malaysiakini bahawa15 orang mengalami kecederaan ringandalam kemalangan tersebuttetapi tidak seorang pun dimasukkan ke hospital.



Beliau juga mengesahkan tidak ada kematian dilaporkan setakat ini.

Kemalangan itu berlaku petang ini selepas sesi persekolah di Jalan Beruas-Ayer Tawar, yang  melibatkan kenderaan penguatkuasa pacuan empat roda JPJ , dua bas sekolah, dua lori, sebuah motosikal dan empat buah kereta.




Seorang saksi telah memuat-naik ke Facebook video selama lapan minit yang menunjukkan sekumpulan orang ramai marah dan menjerit serta membaling objek ke arah kenderaan pacuan empat roda itu.

Mereka kemudiannya menterbalikkan kenderaan itu sebelum dua anggota polis trafik tiba dan cuba untuk menghalang mereka.

Bagaimanapun, mereka gagal untuk meredakan kemarahan orang ramai dan mereka bertindak memecahkan tingkap kenderaan, itu diiringi oleh teriakan marah "bakar!"




Selepas satu objek dibaling ke arah kenderaan pacuan empat roda yang terbalik itu, ia terbakar, memaksa orang ramai berundur.

Tidak lama kemudian, beberapa anggota bomba datang dan memadamkan api.

Saksi-saksi mendakwa kemalangan itu disebabkan oleh kereta peronda JPJ yang cuba memintas sebuah lori, tetapi ia dinafikan oleh Ahmad, yang berkata kereta peronda itu telah dilanggar oleh lori.

Beberapa jam selepas kejadian itu, sekurang-kurangnya tiga video dimuat naik di Facebook dan puluhan gambar dan komen tersebar di Internet. Orang ramai kelihatan mengambil gambar dan video dengan telefon bimbit mereka.

Malaysiakini telah cuba untuk mendapatkan komen Pengarah JPJ Perak Ramli Awang Seberang, tetapi seorang kakitangannya berkata sebaik mengetahui tentang kejadian itu, beliau telah meninggalkan mesyuarat yang dipengerusikannya untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Berikutan itu, Malaysiakini telah meninggalkan nombor telefon dengan pejabat pengarah JPJ itu untuk dihubunginya dan mengulas kejadian itu.


Berhemah bukan bermakna tidak boleh bertegas, bertegas tidak bermakna tidak boleh berhemah.
Malah motto PDRM sendiri sebagai contoh, TEGAS DAN BERHEMAH!

VIDEO :




"SHARING IS CARING"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN SIKIT TENTANG POST INI !

FollowLike