Airmata kerana sahabat 1 pengorbanan, Airmata kerana ibubapa 1 penghormatan, Airmata kerana kekasih 1 penyesalan, airmata kerana Allah S.W.T 1 keberkatan

Blog ini hanya sesuai ditonton oleh mereka yang berusia 18 tahun ke atas sahaja kerana kandungannya yang HOT ! , EKSTREM , SERAM & Berbau LUCAH (bau je). Blog ini bukan Blog LUCAH. HARAP MAKLUM !. Sebelum korang nak terjah Blog aku,lebih baik korang baca dulu DISCLAIMER diatas. TQ!

CARIAN MINDA ! !

FollowLike

MISTERI : CARA NAK PANGGIL HANTU !


Hello gedik girls sekalian. Dan juga handsome boys.

WARNING : AKU HARAP KORANG TAK TERUSKAN MEMBACA JIKA HATI TAK KUAT NAK MELIHAT BENDA PELIK2 NIH !

Ulek Mayang
Korang nak test kehebatan korang? Senang je. Korang pergi ke pantai., bawak radio besar dan play lagu ulek mayang di tepi pantai. Tak pun, korang bawak je Ella suruh dia nyanyi kat situ. Then try tengok apa yang akan jadi. Confirm korang tak akan berani nak dengar lagu tu dah.
Ulek Mayang ni, sebenarnya macam main kuda kepang. Memang ada semangat-semangat sebab ianya juga menari-nari. Dan mayang tu sendiri bermaksud pucuk kelapa yang di gunakan untuk mencari semangat (kot).


Ada banyak kisah dari kawan punya kawan punya kawan punya kawan punya kawan punya cerita. Tapi, kalau anda comparekan semua cerita, korang akan perasan yang mostly, benda-benda ghaib ni akan datang kacau bila lagu ulek mayang ni di mainkan.

Aku kasi contoh. Korang join camping yang di anjurkan oleh university club. Then di malam terakhir, sure ada malam kebudayaan kan di mana korang kena buat persembahan kebudayaa seperti lakonan, dikir barat dan sebagainya. And, mostly, sesiapa yang mempersembahkan tarian Ulek Mayang bersama lagunya, sure tak akan berakhir dengan aman. Sure akan ada budak yang histeria. Sure akan ada budak hilang dan sebagainya bergantung kepada betapa kerasnya tempat korang bercamping.


Tak pun, kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal ni, korang pergi lah ke Terengganu misalnya. Then cari satu perkampungan nelayan. Tanya lah sesiapa yang paling tua di situ pasal isu ulek mayang. Tak pun kalau korang ni pemalu tak bertempat dan segan nak tanya, korang buat style yang aku ajar mula-mula tadi which is korang pasang lagu ulek mayang kuat-kuat di waktu malam / senja di perkampungan nelayan tu. Sure satu kampung akan kejar korang. Then selepas kejar korang, sure diaorang akan bagi tahu kisah yang sebenarnya. Tu pun mungkin kalau anda hidup lagi selepas di pukul. Sebabnya ulek mayang ni memang berasal dari perkampungan nelayan juga berkenaan dengan seorang nelayan.

Seriously, The Seekers perlu buat benda ni. 

Spirit Of The Coin.
Juga di kelani sebagai Ouija Board. Ini adalah pemainan yang syirik di sisi Islam. Tapi, ini adalah game yang paling famous kalau korang duduk asrama masa di sekolah. Ye lah, kat sekolah berasrama, bukan ada apa pun nak buat. Nak online tak boleh. Nak gayut tak ada awek, nak tengok porn tak ada sumber. So, antara benda yang best yang di buat adalah dengan main dengan makhluk halus.


Cara bermain Ouija Board / spirit of the coin ni adalah:
  1. Main pada waktu malam lagi mudah. 
  2. Ahli-ahlinya dalam bilangan ganjil (biasanya 3 orang baru mujarab). Berdua dan bukan treesome pun boleh. Tak ada hal.
  3. Berpakaian hitam lebih 'afdal'.
  4. Kalau ada lilin lagi nampak menakutkan. Lilin gak boleh di gunakan sebagai detector untuk detect kedatangan 'someone' tu.
  5. Nak gempak, main permainan ni kat dalam kuil atau tempat orang mati bunuh diri.
  6. Nak lagi gempak, guna darah haid perempuan.

Korang mungkin kata what the hell lah. Siapa nak main game macam tu? Tapi, seriously, ramai gila main. Ada letak darah ayam darah itu dan darah ini. Yang berani letak darah sendiri pun ada. Dan yang tak main darah pun ada. Actually, tak perlu pun darah tu. Just some people guna darah selepas dieorang cuba tapi tak jadi.

Game ni, dari apa yang aku dengar dari kawan punya kawan punya kawan, macam-macam versi ada. Tapi aku juga ada dengar dari orang yang pernah mengalaminya sendiri. Spirit of the coin ni, tak semua main guna darah. Tak semua main guna syiling sebab ada yang main guna mangkuk (bowl). Darah di gunakan sebagai pertukaran lah. Korang boleh tanya semua benda pasal masa depan. Korang nak tanya result korang, apa nombor ekor, siapa awek no dua korang dan apa-apa je lah. Korang boleh tanya je.

Darah dalam game ni, di gunakan sebagai link. Korang panggil hantu / syaitan / semangat tu, then korang kena hantar kan dia semula. Kalau korang angkat jari korang dari syiling tu sebelum hantu tu balik, hantu atau syaitan tu akan terus stay dengan pemilik darah tu. Sebab tu lah ada certain people guna darah binatang. Bila guna darah binatang, hantu tu sure cari pemilik darah tu which is binatang. So, pemain akan selamat lah. Tapi, biasanya tak macam tu. Kalau main tu, mesti hantu tu terlepas dan buat rampage kat sesebuah kawasan tu.


Rumah atau bilik yang di tinggalkan lebih sekitar 40 hari.
Korang mesti tertanya-tanya kan. Kenapa rumah atau tempat tinggalan selalunya berpuaka dan berhantu? Ianya adalah di sebabkan tempat yang di tinggalkan itu, dah di ambil alih oleh benda. Benda ni adalah.... errr... benda yang cari tempat untuk tinggal. So, kalau korang pergi balik U, atau mana-mana, pastikan korang pesan kat adik-adik suruh sapu lantai bilik tu. Bila sapu, sure masuk, kan? Bila masuk, benda-benda ni biasanya tak akan rampas.

Cuba korang bayangkan. Selepas 3 bulan korang tak balik rumah dan masuk bilik korang, ada hantu masuk dan buat bilik korang tu sebagai tempat tinggal dieorang. Then bila korang balik. Korang masuk lah bilik korang untuk buat assignment. Bayangkan, masa tengah buat tu, rasa macam ada benda je yang tenung dari side penjuru belakang korang.

Tak pun, sekarang ni. Korang sure ke bilik korang tak ada hantu? Masa korang tengah baca blog aku ni, agak-agak korang, ada tak benda yang tumpang baca sekali? 

Dah. Dah tak payah nak pandang kiri kanan atas bawah depan belakang. Kalau ada pun benda tu, bukannya korang akan nampak. HAHA



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN SIKIT TENTANG POST INI !

FollowLike