WARNING ! TOLONG JANGAN MAINKAN LAGU INI DIDALAM SEMANGAT YANG TIDAK KUAT!

Seress tidak berputus asa. Beliau menghantar karyanya kepada penerbit yang lain, dan akhirnya mereka bersetuju untuk menerbitkan lagu "Gloomy Sunday". Note Lagu "Gloomy Sunday" Beberapa bulan telah berlalu setelah lagu Gloomy Sunday telah siap diterbitkan dan menjadi popular. Semenjak dari situ, berlaku pelbagai kejadian malang yang berkait dengan lagu tersebut. Di Berlin, seorang pemuda meminta sebuah band untuk memainkan lagu Gloomy Sunday. Setelah lagu tersebut dimainkan beliau pulang kerumahnya dan menembak dirinya dikepala selepas merungut melody lagu itu sentisa terngiang - ngiang di kepalanya. Lagu itu ialah Gloomy Sunday. Seminggu selepas itu, di bandar yang sama, seorang perempuan dijumpai dalam keadaan tergantung di flat rumahnya. Apabila Polis menjalankan siasatan, mendapati terdapat record lagu Gloomy Sunday di bilik tidurnya. Dua hari selepas kejadian, seorang setiausaha di New York meracuni dirinya dengan gas, dan beliau meninggalkan secebis nota meminta agar lagu Gloomy Sunday dimainkan pada hari pengebumiannya.

Seminggu berlalu, seorang warga New York berumur 82 tahun, bertindak melompat keluar dari cermin tingkap di apartmentnya setinggi 17 tingkat selepas lagu Gloomy Sunday itu dimainkan. Juga pada masa yang sama, seorang remaja di Rome membunuh diri dengan terjun dari atas jambatan setelah mendengar lagu Gloomy Sunday. Akhbar seluruh dunia melaporkan banyak kejadian bunuh diri yang melibatkan lagu ciptaan Rezso Seress itu. Sebuah akhbar tempatan melaporkan seorang wanita di Utara London memainkan lagu Gloomy Sunday sebanyak 78 kali dengan volume yang tinggi mengakibatkan jiran - jiran sekeliling marah terhadap tindakkannya. Berang dengan kelakuan wanita tersebut, jiran - jirannya menyerbu rumah wanita itu dan mendapati wanita itu mati diatas kerusi akibat daripada overdose barbiturates. Rupa - rupanya, stylus pemain piring hitam wanita itu jammed menyebabkan lagu tersebut dimainkan berulang kali. Rezso Seress pada ketika itu berjaya mengecapi cita - citanya sebagai seorang penulis lirik. Beliau kemudiannya menulis surat kepada bekas kekasihnya sebagai tanda ingin berdamai dan mahu mulakan hidup yang baru bersama kekasihnya yang tercinta. Namun, Seress diberitahu oleh polis bahawa teman wanitanya telah membunuh diri dengan meminum racun. Manakala pihak polis menjumpai record lagu iaitu lagu Gloomy Sunday ciptaan beliau sendiri di sebelah mayat kekasihnya. "What a Gloomy Sunday"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
KOMEN SIKIT TENTANG POST INI !