Airmata kerana sahabat 1 pengorbanan, Airmata kerana ibubapa 1 penghormatan, Airmata kerana kekasih 1 penyesalan, airmata kerana Allah S.W.T 1 keberkatan

Blog ini hanya sesuai ditonton oleh mereka yang berusia 18 tahun ke atas sahaja kerana kandungannya yang HOT ! , EKSTREM , SERAM & Berbau LUCAH (bau je). Blog ini bukan Blog LUCAH. HARAP MAKLUM !. Sebelum korang nak terjah Blog aku,lebih baik korang baca dulu DISCLAIMER diatas. TQ!

CARIAN MINDA ! !

FollowLike

MISTERI ! CHRISTINE PALACE ATAU VILLA NABILA


Gambar ini ditangkap ketika Bro Haziq dan Membernya pergi ke Villa Nabila untuk mengambil gambar sebagai kenangan.


Gambar 1 - fokus kepada kawan saya yg pakai baju merah tuh.. ada tak nampak kelibat budak kecil? apa entah yang cuba ditunjuk oleh 'budak' itu.

Gambar 2 - fokus kepada bahu kiri kawan berbaju merah, jika dibesarkan dan di zoom, akan nampak maklhluk berambut panjang dan berupa macam anjing.

Gambar 3 - fokus kepada tingkap kiri sekali. akan nampak makhluk berkepala hijau tengah merenung saya yang mengambil gambarnya.. hehe...

Gambar Akhir - ada dua kelibat jika diperhatikan betul-betul.. satu di tingkap (perlu di zoom dan akan nampak wajah seseorang yg membujur bentuknya sedang melihat saya dan kawan-kawan) dan satu lagi di kaki rumah.. (seperti 'budak' tadi.. tapi tak pasti ia betul atau tidak)


Gambar-gambar ini saya cuma edit dari segi menjelaskan imej sahaja.. nak percaya atau tidak terpulanglah..
Sewaktu saya dan kawan-kawan saya berjalan-jalan di sekitar rumah ini, ada beberapa kali saya terlihat kelibat bayang-bayang perempuan berdekatan kami.. tetapi seperti pesanan orang tua-tua, jika nampak jangan tegur, jangan menyapa dan buat-buat tak nampak saja.. sambil-sambil tuh saya mengucap 2x syahadah dan baca ayat-ayat pelindung seperti Sura Al-Falaq dan Sura An-Nass.
tempat ini memang ada kisah tragedinya tersendiri dan sememangnya ada usaha pihak-pihak tertentu untuk membangunkan tanah ini.. maklumlah harga tanah di JB mahal oh... lagi-lagi berdekatan pusat bandar dan berhampiran Danga Bay..
Tetapi sayangnya.. dengar cerita orang JB yang tahu kisahnya.. setiap kali ada usaha untuk memecahkan dan membersihkan tempat ini, mesti ada kejadian yang pelik dan tidak masuk akal.. contohnya mesin jentolak rosak tiba-tiba, kena ganggu dan sebagainya.

Ceita tentang Villa Nabila ada banyak versinya.. korang boleh cari di laman google dan taip jer villa nabila.
tetapi versi yang kebiasaan didengar, mengisahkan sebuah keluarga mendiami villa ini sewaktu 70 an dahulu.
keluarga tersebut golongan berada dan mempunyai anak bernama Nabila.
sehinggalah satu ketika setelah Nabila mewarisi harta peninggalan bapanya, ibu tirinya iri hati dan membunuh Nabila dan menanam mayatnya di dinding.
ibu tirinya melarikan diri bersama harta tersebut..


Jadi bagaimana mayat Nabila ditemui sedangkan berada di dalam dinding dan di sebuah Villa yang sangat besar? berjarak 20 meter daripada jalan besar?

_______________________________________________________

Kita hargai usaha-usaha anda dalam mengeksplorasi dan membongkar misteri sebegini. Kita ucapkan berbanyak terima kasih kepada En. Haziq dan rakan-rakan atas keberanian diaorang.

Cuma dinasihatkan agar kalau plan nak buat trip macam ni, sentiasa maklumkan orang lain tentang rancangan anda. Be safe, jangan berpecah dan hormati 'kawasan' yang anda lawati. Paling penting sekali adalah stenbai kamera dan kirimkan penemuan anda kepada kami untuk dinilai bersama oleh semua pengunjung blog ini.

___________________________________________________

Banyak cerita yang membabitkan kisah villa ni. Ada 6 versi semuanya. Tak dapat nak dipastikan mana satu yang betul tapi aku lebih suka ambik kisah yang paling last sekali. Apa-apa pun kita ikuti kisah-kisahnya satu per satu.

Versi #1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.
Versi #2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.
Versi #3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.
Versi #4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.
Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.
Versi #5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.
Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.
Versi #6 - Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN SIKIT TENTANG POST INI !

FollowLike