Airmata kerana sahabat 1 pengorbanan, Airmata kerana ibubapa 1 penghormatan, Airmata kerana kekasih 1 penyesalan, airmata kerana Allah S.W.T 1 keberkatan

Blog ini hanya sesuai ditonton oleh mereka yang berusia 18 tahun ke atas sahaja kerana kandungannya yang HOT ! , EKSTREM , SERAM & Berbau LUCAH (bau je). Blog ini bukan Blog LUCAH. HARAP MAKLUM !. Sebelum korang nak terjah Blog aku,lebih baik korang baca dulu DISCLAIMER diatas. TQ!

CARIAN MINDA ! !

FollowLike

KENALI KELAS KERETA


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Anda sedia tahu apa maksud kereta secara ringkas. Kali ini saya akan ceritakan jenis dan kelas kereta yang dijual di seluruh dunia.


Memilih model kereta yang sesuai sangat penting. Ini akan membantu anda bergerak ke sana sini dengan lebih mudah. Model yang anda pilih juga melambangkan identiti anda sendiri, seorang yg gemar berkeluarga, gemarkan aktiviti lasak, yg bergaya ataupun mementingkan prestasi lebih dari segalanya. Tetapi identiti anda harus seiring dengan keperluan anda, ini untuk memudahkan aktiviti seharian anda melainkan anda mampu memiliki lebih dari sebuah kereta. Biasanya ramai antara kita memilih kereta jenis sedan 4 pintu. Di sini, saya senaraikan beberapa pengkelasan sesebuah kereta untuk makluman anada semua. Harap dapat membantu pemahaman anda tentang jenis-jenis kereta. 

Sedan 4 pintu terbahagi kepada 3 jenis. D-segmen C-segment dan B-segment. 

D-segmen 
Mewakili kereta jenis Luxury Sedan. kereta ini biasa bersaiz besar dengan beberapa gadget mewah. Contoh kereta jenis D-segmen adalah Honda Accord, Toyota Camry, Hyundai Sonata, Kia Optima, Mazda 6, dan BMW 5 Series. Jika kereta Nasional, Proton Inspira boleh juga dimasukkan dalam kategori ini. 

C-segmen 
Merupakan Kereta jenis sedan yang sederhana besar, sesuai untuk yang berkeluarga. Contoh kereta seperti ini adalah Proton Persona, Proton Waja, Hyundai Avante, Kia Forte, Honda Civic, Mazda 3, Toyota Altis, dan Chevloret Cruze, yang tebaru seperti Proton Preve, Hyundai Elentra (2012). 

Segmen B
Kereta sedan bersaiz kecil. Biasanya boleh memuatkan 4 orang dewasa. Kereta jenis ini adalah seperti Proton Saga, Hyundai Ascent, Toyota Vios, Honda City dan Mazda 2. Proton Preve juga dikatakan tergolong dalam segmen ini. 

Kereta Kompak
Kereta Seperti Perodua Kancil, Perodua Kelisa, Perodua Viva, Perodua Myvi, Chevrolet Aveo, Kia Picanto dan Hyundai i1o pula adalah dalam kategori Compact car. Bersaiz kecil, mempunyai 2 hingga 4 pintu dan bonet yang kecil. Kereta jenis ini lebih ringan dan enjin lebih kecil. Sesuai untuk mereka yang tinggal di bandar kerana mudah untuk bergerak dan lebih jimat. 

MPV 
Kini model MPV juga digemari oleh orang muda kerana ia sangat sesuai untuk mereka yang merancang untuk berkeluarga. Dengan 6 hingga 11 tempat duduk, MPV lebih selesa dari van dan lebih praktikal. Perodua Alza dan Honda Freed, merupakan rupa baru MPV di Malaysia dengan 7 tempat duduk dan bersaiz sebuah kereta sedan. Tetapi oleh kerana ruangnya yang begitu terhad, ia tidak sesuai untuk orang dewasa pada tempat duduk belakangnya. Mini MPV pula seperti Mazda 5, Toyota Innova, Toyota Avanza, Honda Stream, Naza Citra, Kia Rondo dan Nissan Grand Livina lebih popular dengan saiz yang lebih kecil dari MPV tetapi mempunyai ruang yang lebih selesa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN SIKIT TENTANG POST INI !

FollowLike