Airmata kerana sahabat 1 pengorbanan, Airmata kerana ibubapa 1 penghormatan, Airmata kerana kekasih 1 penyesalan, airmata kerana Allah S.W.T 1 keberkatan

Blog ini hanya sesuai ditonton oleh mereka yang berusia 18 tahun ke atas sahaja kerana kandungannya yang HOT ! , EKSTREM , SERAM & Berbau LUCAH (bau je). Blog ini bukan Blog LUCAH. HARAP MAKLUM !. Sebelum korang nak terjah Blog aku,lebih baik korang baca dulu DISCLAIMER diatas. TQ!

CARIAN MINDA ! !

FollowLike

5 KEMATIAN PALING PELIK


Dalam banyak ajaran agama dan kepercayaan, kematian adalah sesuatu yang tidak boleh diramal. Bila, di mana dan bagaimana; tiada siapa yang tahu. Berkongsia artikel yang dimuatnaik dari portal Mylaunchpad, di bawah disenaraikan 5 kematian paling pelik (dan mungkin ironik) yang pernah berlaku di seluruh dunia.
1. MATI DI MAJLIS PENGEBUMIAN SENDIRI

Seorang wanita Russia, Fagilyu Mukhametzyanov disahkan meninggal dunia kerana kegagalan jantung. Namun, dia ‘bangun’ ketika majlis pengebumiannya sedang berjalan. Dia
hidup untuk tempoh 10 minit sebelum menghembuskan nafas terakhir. This time, for good.
2. MATI KERANA CUBA BUKTIKAN CERMIN TAK BOLEH PECAH

Gary Hoy seorang peguam yang sangat berjaya namun punya kegemaran ‘mengenakan’ pekerja baru. Ketika mengiringi sekumpulan pelatih guaman, Gary bergurau dengan memberitahu satu tingkap di pejabat mereka tidak boleh dipecahkan. Untuk membuktikannya, Gary menghentam dirinya sendiri ke arah cermin tingkap tersebut. Cermin tersebut pecah dan Gary ‘terhumban’ ke luar tingkap dan meninggal dunia.
3. PENGGEMAR MAKANAN ORGANIK MATI SAKIT JANTUNG

J.I Rodale seorang yang sangat obses dengan produk organik; dari makanan sehinggalah barangan keperluan harian. Malah, dia juga tak percayakan perubatan moden dan tradisional sebaliknya punya alternatif sendiri dengan menggunakan barangan organik. J.I mengakui dia melakukan semua itu kerana mahu hidup sehingga suia 100 tahun. Namun dia meninggal dunia pada usia 72 tahun kerana serangan jantung.
4. JURUTERBANG PELATIH MATI DALAM FLIGHT SIMULATOR

Tiga juruterbang pelatih mati ketika sesi latihan dalam flight simulator, apabila sebuah pesawat Beechcraft King Air 200, terhempas di atas bangunan Keselamatan Penerbangan Kansas.
5. MATI TERKENA KEJUTAN ELEKTRIK DALAM PENJARA

Lawrence Baker didakwa kerana membunuh, namun dia terselamat dari hukuman mati. Sebaliknya dia dipenjara seumur hidup. Satu hari, dia menggunakan tandas dan membawa fon kepala kerana sedang mendengar lagu. Aliran elektrik dari fon berkenaan dikatakan mengalir dan menyebabkan litar pintas pada tandas jenis duduk itu, dan Lawrence mati akibat kejutan elektrik. 
via KISAHBEST ORG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN SIKIT TENTANG POST INI !

FollowLike