Airmata kerana sahabat 1 pengorbanan, Airmata kerana ibubapa 1 penghormatan, Airmata kerana kekasih 1 penyesalan, airmata kerana Allah S.W.T 1 keberkatan

Blog ini hanya sesuai ditonton oleh mereka yang berusia 18 tahun ke atas sahaja kerana kandungannya yang HOT ! , EKSTREM , SERAM & Berbau LUCAH (bau je). Blog ini bukan Blog LUCAH. HARAP MAKLUM !. Sebelum korang nak terjah Blog aku,lebih baik korang baca dulu DISCLAIMER diatas. TQ!

CARIAN MINDA ! !

FollowLike

5 PERKARA YANG PELIK DI AJL29


Seperti yang semua tahu, malam tadi telah berlabuhnya tirai Juara Lagu 29 dengan menyaksikan lagu yang bergenre hip hop diangkat sebagai juara. Tahniah kami ucapkan kepada pemenang. Namun, korang perasan tak ada beberapa perkara pelik dan jelik sepanjang AJL29 malam tadi? Kalau tak, nah baca ni :
1. Qu Puteh Overshadow AJL29


Kalau korang perasan, berpuluh kali jugalah AG dok sebut-sebut ‘Qu Puteh barulah putih’. Ya, kami tahu Qu puteh merupakan penaja utama AJL29, tapi bila dah banyak kali sebut, annoying pun ada! Siap kena troll lagi dengan pengguna laman sosial. Tak percaya? Tengok ni.

2. “Topi” Aluminium Alyah

Ni lagi satu. Kami tak salahkan pereka fesyen, tetapi adakah Alyah sendiri dah habis fikir ketika membuat keputusan untuk mengenakan topi aluminium ni? Kami rasa, Alyah boleh tampil dengan imej yang lagi menarik kerana lagu yang dibawakan pun amatlah meruntun jiwa. Bila topi jadi perhatian, hilang terus fokus kami!

3. Stacy & Orang Kampung

Baju dah cantik dan fresh dah. Rasa macam nak makan je donut kat skirt tu. Tapi, yang jeliknya, kami tertanya-tanya mengapa Stacy bawa ‘satu kampung’ dalam persembahannya. Bukan apa, kalau Anugerah Juara Lagu dulu-dulu, yang bawa satu kampung ke pentas biasanya Noraniza Idris je.
4. Chandelier Berderai

Perasaan kagum mendengar vokal mantap Indah Ruhaila ketika mendendangkan lagi ‘Percayalah’ terhenti apabila kami dikejutkan dengan insiden lampu jatuh. Fuh! Just nice je timing dengan suara Indah. Tapi, bila kami tengok balik di tonton, rasa macam lampu sengaja dijatuhkan. Gimik persembahan mungkin.
5. Sam Bunkface Atau Aweera Yang Perform?

Terkejut juga kami bila lihat persembahan Bunkface. Mula-mula ingatkan Aweera yang perform. Eh! Takkanlah Aweera merajuk sampai nak join Bunkface kan? Tapi, serius kami terpandang-pandang bayang Aweera apabila terpandang rambut Sam. Hehe. 
KREDIT OH BULAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN SIKIT TENTANG POST INI !

FollowLike