Dalam sedar atau tidak, terdapat satu perkataan yang telah diletakkan di dalam beberapa filem animasi keluaran Disney atau Pixar iaitu perkataan 'A113'. Perkataan 'A113' ini boleh dilihat dalam beberapa filem animasi terkenal termasuklah Toys Story, A Bug's Life dan Finding Nemo. Disini kami selitkan terlebih dahulu skrin-skrin yang mana perkataan 'A113' itu dikenalpasti :
No plat kereta di filem TOY STORY
Kamera di dalam Filem FINDING NEMO
Nombor keretapi di dalam filem CARS
Nombor plat Mater dalam filem CARS
Tag telinga di seekor tikus dalam filem RATATOUILLE
Kod bagi protokol 'Abandon Earth' dalam filem WALL-E
Nombor mahkamah di dalam FILE UP
Nombor pesawat di dalam filem CARS2
Pintu rumah di dalam filem MONSTER UNIVERSITY
Bukan hanya di PIXAR MOVIE saja..
THE PRINCESS & THE FROG 
THE BRAVE LITTLE TOASTER
Sebenarnya, perkataan 'A113' merujuk kepada nombor sebuah kelas di California Institute of Arts. Kelas ini adalah tempat dimana pelajar tahun pertama bagi jurusan rekabentuk grafik dan animasi karakter belajar tentang animasi dan kebanyakan pelajar-pelajar tersebut akan memenuhi studio di Pixar dan Disney selepas mereka habis pembelajaran mereka.

Dengan meletakkan A113 di dalam filem animasi, pelajar-pelajar yang turut berada dalam kelas 'A113' akan merasa bangga dan juga akan merasa hormat kepada rakan sekelas mereka yang terlibat dalam pembikinan filem berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
KOMEN SIKIT TENTANG POST INI !